sukan

Rindu Faisal Halim akhirnya terubat

ISKANDAR PUTERI: Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui rindunya terubat selepas membantu Malaysia menewaskan Nepal 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim berkata walaupun berpeluang kembali beraksi, beliau masih perlu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan dan mencapai tahap terbaiknya.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), jurulatih Peter (Peter Cklamovski), TMJ yang memberi peluang dan semangat kepada saya setahun tak bersama pasukan kebangsaan.

sumber:- BH

“Ini buat kali pertama saya menyarung jersi pasukan kebangsaan kembali, rindu itu.. amat-amat rindu sebenarnya, dan pada malam ini (semalam) walaupun dapat peluang bermain saya rasa banyak lagi saya perlu perbaiki untuk masa depan dan perlawanan berikutnya,” katanya ketika ditemui selepas aksi menentang Nepal.