LONDON: Bos Plymouth Argyle, Wayne Rooney didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris semalam selepas sikapnya ketika menang ke atas Blackburn Rovers bila mana beliau dilayangkan kad merah kerana dakwaan menghina pegawai keempat dan kembali ke padang selepas dibuang padang.
Pada perlawanan Sabtu lalu, Plymouth mendahului 1-0 sebelum Blackburn menyamakan kedudukan pada minit ke-86 yang mana Rooney dan pemainnya berasakan tidak sah, dengan bekas penyerang Manchester United dan England itu dilihat mencarut terhadap pegawai keempat.
Pengadil James Linington melayangkan kad merah kepada Rooney dan pengendali berusia 38 tahun itu berjalan ke terowong di Stadium Home Park, tetapi beliau kembali ke padang untuk meraikan gol kemenangan minit ke-97 jaringan Morgan Whitaker yang membantu kemenangan 2-1 Plymouth.
“Tindakan pengurus sekitar minit ke-87 didakwa tidak wajar dan/atau beliau menggunakan kata-kata kesat dan/atau menghina terhadap pegawai perlawanan, yang menyebabkan beliau dibuang padang,” kata FA dalam satu kenyataan.
“Selanjutnya didakwa kelakuannya selepas dibuang padang tidak wajar dan/atau ganas. Ia juga didakwa dengan kembali ke padang permainan selepas dibuang padang jelas kelakuannya tidak wajar.”
FA berkata Rooney mempunyai masa hingga Selasa untuk menjawab pertuduhan itu tetapi bekas kapten England itu berkata kelmarin beliau tidak seharusnya menerima kad merah.
“Ini kali pertama sebagai pengurus saya dilayangkan kad merah,” kata Rooney kepada TalkSport.
sumber:-BH
Rooney mengambil alih Plymouth menjelang musim ini dan kelab divisyen dua Liga Kejuaraan itu menghuni tangga ke-14 carta liga. – REUTERS