sukan

Sabah FA belasah pasukan Rovers FC tanpa belas kasihan

KOTA KINABALU: Sabah FA membelasah pasukan dari Guam, Rovers FC 13-0 dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, malam tadi.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain import dari Jepun, Ayuri Terawaki sebelum empat lagi gol menyusul untuk meletakkan Sabah FA selesa mendahuli pada separuh masa pertama.

Pemain berasal dari Amerika Syarikat (AS), Mai Lisa Atis mencipta hatrik apabila meledak gol pada minit ke-24 dan ke-33, manakala satu lagi jaringan dihasilkan tonggak tengah berkenaan pada masa kecederaan babak pertama.

Jaringan keempat Sabah pula dihasilkan seorang lagi pemain berasal dari AS, Enzi Hekima Starks Broussard pada minit ke-39 sebelum dia cemerlang menambah tiga lagi gol pada babak kedua.

Atis turut mencipta sensasi dalam perlawanan itu apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-65 dan 80, manakala tiga lagi gol Sabah dihasilkan Misaki Nakayama (minit 69), An Sebin (minit 83) dan Terawaki (masa kecederaan).

Terdahulu, East Bengal FC dari India menewaskan wakil Bangladesh, Rajshahi Stars FC pada aksi pembukaan Kumpulan A, yang turut berlangsung di Stadium Likas.

Keputusan itu menyaksikan Sabah berada di tangga teratas kumpulan, berkongsi tiga mata bersama East Bengal.