sukan

Safuwan pertahan Nidzam

KUALA LUMPUR: Kapten Selangor, Safuwan Baharudin menganggap ketua jurulatih Gergasi Merah, Nidzam Jamil sudah melakukan tugas yang terbaik untuk skuad itu.

Malah, pemain kelahiran Singapura itu menjelaskan apa yang disaksikan dalam skuad Selangor, barisan pemain amat menyukai Nidzam.

Justeru, dia berharap semua pihak dapat memberi sokongan kepada pengendali berusia 44 tahun itu dalam usaha memberikan persembahan positif buat Gergasi Merah.

“Saya amat menghormati Nidzam, secara peribadi saya fikir dia sudah melakukan yang terbaik selepas Tan Cheng Hoe tinggalkan pasukan. Ia satu perkara yang mana kami harus memberi dia (Nidzam) sokongan penuh.

“Seperti yang anda lihat, ia sukar untuk dia. Saya tahu peminat bercakap beberapa perkara mengenai dia. Namun, saya lebih menghormati dia kerana untuk ada seseorang jurulatih tempatan bekerja di Selangor bukan mudah,” katanya.

Selangor berada di tangga kedua Liga Super ketika ini dengan mengumpul 26 mata selepas mengharungi 13 perlawanan, lapan mata di belakang juara 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

sumber:-BH

Gergasi Merah yang juga naib juara Liga Super musim lalu dan naib juara Piala FA musim ini seterusnya akan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.