Legenda tinju negara, Sapok Biki, mengakui gerakan pantas yang dipamerkan Daeloniel McDelon ketika memenangi acara tumpuan dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Iskandar Puteri semalam merupakan jelmaan dirinya sewaktu bergelar peninju negara satu ketika dahulu.
Sapok, yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel 1998, kini bertindak sebadai pembantu jurulatih kepada Daeloniel dan dia meluahkan rasa kagum terhadap peninju dengan gelaran Kilat Boy itu ketika menumbangkan lawan dari Filipina, Prince Andrew Laurio, secara Teknikal Knockout (TKO) dalam pusingan kedua.
“Seperti mana saya lakukan dahulu dalam mana-mana kejohanan pada 1998, Kilat Boy juga memiliki tumbukan-tumbukan padu yang laju ,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
“Sebab itu lah kita memanggilnya Kilat Boy.
“Saya memberitahunya bagaimana cara Sapok Biki dahulu mendapat mata daripada tumbukan pantas kerana mata akan memberikan kita kemenangan.
“Jadi, dalam pertadingan Kilat Boy, dia perlu pantas melepaskan tumbukan padu dan memberikan tumbukan balas dengan padu.
sumber:- stadium astro
“Dengan gaya dan fizikalnya yang kemas, saya harap dia akan konsisten satu masa nanti,” katanya.