BEKAS pemain Selangor FC, Brendan Gan mengakui masih sayangkan skuad Gergasi Merah di sebalik keputusan pasukan itu yang tidak menyambung kontraknya untuk saingan musim depan.
Menurut Brendan, dia kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberikan ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
“Kehidupan dalam bola sepak sukar diramal, penuh pengorbanan dan banyak turun naik. Tetapi, ia menakjubkan, menggembirakan, mencabar dan penuh peluang.
“Beberapa bulan kebelakangan ini telah memberi saya masa untuk merenung perjalanan bersama Selangor dan musim kejayaan yang telah kami lalui.
“Malangnya, pengurusan Selangor tidak menawarkan saya peluang untuk berbincang atau berunding untuk kekal di kelab itu,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Sebelum ini, Selangor mengumumkan bekas kaptennya itu itu tidak akan lagi bersama pasukan selepas tiga tahun menyarung jersi Gergasi Merah.
sumber:-SH
Bagaimanapun, Brendan tetap menganggap satu penghormatan untuk memimpin pasukan itu di dalam dan di luar padang dan melakukannya dengan setiap titik darah, peluh dan air mata.