sukan

Saya mohon maaf – Cklamovski

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, tampil menjelaskan bahawa kenyataannya yang tular baru-baru ini tidak berniat untuk menghina mahupun berniat untuk tidak menghormati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah, Peter menjelaskan mesej disebalik kenyataannya itu adalah untuk menyampaikan bahawa tahap profesionalisme yang dimiliki Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah menjadi tulang belakang dalam pembanggunan Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 46 tahun itu kini memberikan fokus sepenuhnya kepada pasukan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

“Kami melakukan persiapan dengan baik, kerja keras untuk satu lagi kemenangan dan membuat negara bangga.

“Kami mahu meneruskan apa yang sedang kami bina. Kami sedia memberikan 100%. Perkara paling penting adalah fokus pada prestasi pasukan

“Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati FAM langsung. Kenyataan saya bukan tidak menghormati FAM. Jika orang ramai berasakan saya tidak menghormati, saya memohon maaf. Tetapi itu bukan niat saya dan tidak menjelaskan sesuatu yang baru.

“Mesej yang saya sampaikan adalah mengenai apa yang kami sedang bangunkan bersama TMJ. Lihat fasiliti dan profesionalisme yang baginda berikan.

“Kepercayaan yang baginda berikan, tanpa TMJ dimana bola sepak Malaysia? itu mesej saya. Saya katakan sekali lagi, Jika TMJ tiada, bola sepak Malaysia sudah berakhir lama.” katanya.