sukan

‘Saya takkan bersara selagi Harimau Malaya tak masuk Piala Dunia’

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, berkongsikan harapannya iaitu untuk melihat Harimau Malaya melangkah lebih jauh sehingga ke pentas Piala Dunia.

Malah, dia turut berkongsikan akan menjadi tulang belakang skuad negara selain tidak akan bersara selagi harapannya itu masih tidak menjadi kenyataan.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan “Datuk Zainal Abidin Hassan tekad terus beri sumbangan kepada bola sepak negara.

“Saya tak kan bersara selagi Malaysia tak masuk Piala Dunia.” katanya.

sumber:- stadium astro

Skuad negara kini mengunguli kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 selepas menewaskan Nepal dan Vietnam baru-baru ini.