sukan

Selangor ada harapan jadi juara tolak JDT II

Persaingan rebutan gelaran juara semakin sengit apabila kedudukan terkini Piala MFL menyaksikan Selangor bawah 23 tahun (B-23) merapatkan jurang dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Hanya dibezakan satu mata, skuad kendalian Abdi Hassan berpeluang memintas pasukan muda Harimau Selatan itu dengan perlu memenangi baki perlawanan seterusnya.

Begitupun, Selangor B-23 kekurangan satu aksi berbanding JDT II yang menjadi kelebihan dan dalam landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan.

sumber:- stadium astro

Untuk rekod, juara bertahan, Terengganu II, berada di tempat ketiga dengan pungutan 38 mata, 11 mata di belakang skuad Gergasi Merah itu.