KUALA LUMPUR: Selangor FC akan meminta pasukan peguam mereka untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak polis mengenai siasatan kes simbah asid membabitkan pemainnya, Faisal Halim.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan pihaknya setakat ini belum menerima apa-apa perkembangan mengenai kes itu.
“Setakat ini kami tidak menerima apa-apa perkembangn terkini mengenai kes Faisal. Kami sudah lantik peguam dan kami akan minta mereka dapatkan perkembangan daripada pihak polis,” katanya kepada BH Sukan.
BH Sukan sebelum ini melaporkan kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan insiden simbah asid terhadap Faisal yang berlaku pada Mei lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi bagaimanapun berkata, tiada maklum balas diterima dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sehingga kini kita pun masih tidak mengetahui status beliau yang kali terakhir yang kita maklumkan oleh Speaker, beliau sudah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan tentang usul yang dipersetujui secara konsesus dalam sidang yang lepas.
“Dalam surat itu, kita meminta siasatan menyeluruh dan meminta laporan siasatan berkenaan didedahkan kepada khalayak umum.
sumber:- BH
“Tetapi sehingga kini, kita masih tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor.