sukan

Selangor FC buktikan kemampuan mereka

KUALA LUMPUR: Dua aksi RCTI Premium Sports di Jakarta sememangnya memberi peluang kepada pemain Selangor FC (SFC) dan Sabah FC (SFC) membuktikan kemampuan masing-masing khususnya buat pemain yang kurang mendapat minit permainan di Liga Malaysia (Liga M).

Situasi itu diakui pengendali ‘The Red Giants’, Nidzam Jamil yang jelas gembira dengan persembahan anak buahnya selepas menjuarai pertandingan itu hasil kemenangan 1-0 ke atas Persija Jakarta pada aksi final, malam tadi.

“Kami berterima kasih atas jemputan ini dan walaupun beberapa pemain kita mengalami kecederaan, kita dapat memberi peluang kepada pemain lain untuk mendapat minit permainan.

“Pemain berjaya mengekalkan momentum sepanjang beraksi di sini, jadi kemenangan ini adalah sebagai bonus,” kata Nidzam.

Sebagai rekod, jaringan tunggal Alvin Fortes pada minit keempat sudah cukup untuk SFC menumbangkan Persija Jakarta pada aksi di Stadium Antarabangsa Jakarta.

Sementara itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee turut berpuas hati selepas barisan pemain simpanan mereka berjaya menunjukkan aksi yang terpuji dalam dua perlawanan yang diharungi mereka.

“Kita kehilangan beberapa pemain kerana tugasan antarabangsa dan kecederaan jadi pemain yang diturunkan memanfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin.

“Pengalaman di RCTI Premium Sports kan membantu skuad kita untuk bersedia dengan apa sahaja situasi yang mungkin akan dihadapi pada masa akan datang,” katanya.

sumber:-BH

Skuad ‘Badak’ meraih tempat ketiga selepas menewaskan PSIS Semarang 2-1 hasil jaringan Jafri Chew Firdaus dan Irfan Fazail sementara gol tunggal PSIS Semarang disumbangkan Habil Abdillah.