Selangor FC kini sedaya upaya mencurahkan segala ‘keringat’

SHAH ALAM: Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Itu peribahasa paling tepat menggambarkan kelab Selangor FC (SFC) yang kini sedaya upaya mencurahkan segala ‘keringat’ mengikut kemampuan mereka untuk membantu ayam tambatan Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid, bulan lepas.

Ketua Perubatan Sukan SFC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, pihaknya kini sedang memberi tumpuan kepada bahagian bahu dan siku pemain sayap Gergasi Merah itu dalam usaha mendapatkan ‘functional movement’ untuk memastikan beliau menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang batasan.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya bukan sahaja menumpukan aspek pemulihan fizikal malahan pemulihan emosi dan psikologi turut menjadi keutamaan mengikut garis masa keselesaan pemain yang mesra disapa Mickey itu.

“…Ikut keselesaan Mickey (dalam proses ini kerana) kita tahu apa yang membawa Mickey ke padang (jadi) kami hanya bantu untuk cepatkan proses.

Semalam, Faisal membuat kemunculan pertama di depan khalayak umum menerusi satu sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam.

Pada 5 Mei lalu arena bola sepak negara dikejutkan apabila Faisal menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah Kota Damansara.

sumber:-SH

Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.