SELANGOR FC mara ke separuh akhir Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ke atas Kuching City FC selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 4-4 sebaik tamat masa sebenar perlawanan separuh akhir kedua yang menyaksikan Selangor menumpaskan Kuching City 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Sabtu malam.
Lima sepakan itu diperoleh menerusi Muhammad Safuwan Baharudin, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Harith Haiqal Adam Fakar yang menewaskan penjaga gawang pasukan pelawat di hadapan penyokong sendiri.
Terdahulu, turun dengan formasi 4-4-2, Kuching City melakukan beberapa percubaan sebaik perlawanan bermula sebelum Nur Shamie Iszuan Amin bijak memanfaatkan peluang pemain hadapan Jordan Mintah di hadapan gawang tuan rumah untuk melakukan rembatan pertama pada minit ke-15.
sumber:-SH
Namun pasukan Gergasi Merah yang ‘menyerap’ semangat penyokong sendiri tenang menghadapi situasi kelam-kabut di hadapan gawang apabila tandukan Harith Haiqal Adam Afkar berjaya disempurnakan oleh Ahmad Zikri Mohd Khalili pada minit ke-27 untuk kembali ‘menghidupkan’ peluang mereka.