sukan

Selangor FC tekad mahu bangkit aksi kedua di MBPJ

TEMERLOH: Pengendali sementara Selangor FC, Abdi Hassan percaya persembahan lebih menyakinkan akan dipersembahkan anak buahnya apabila beraksi pada perlawanan kedua pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, 1 Disember ini.

Katanya, keputusan seri 1-1 tetap melegakan skuad itu yang pada satu ketika ketinggalan 0-1 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan pada lapan minit terakhir perlawanan.

“Sepatutnya kami mampu menambah jaringan terutama pada minit akhir perlawanan, cuma beberapa peluang yang ada tetapi gagal disempurnakan.

“Bagaimanapun saya tetap gembira kerana berjaya mendapatkan jaringan penyamaan selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama perlawanan.

“Saya harap apabila beraksi di tempat sendiri persembahan lebih baik dan penyudah lebih tepat dapat dilakukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan pemain import Nikola Jambor pada minit ke-82 membantu Red Giants mengikat Sri Pahang daripada melakar kemenangan.

Manakala gol skuad Tok Gajah pula dijaringkan pemain tengah, Sean Selvaraj pada minit ke-26.

sumber:-BH

Namun, dengan keputusan seri itu sudah pasti menggembirakan Selangor apabila melayan Sri Pahang di laman sendiri yang dilihat mampu untuk mengisi slot ke suku akhir piala berprestij itu.