sukan

Selangor tuntut satu trofi utama daripada Kinoshi

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, diamanahkan untuk menjuarai setidak-tidak satu piala bagi musim ini.

Biarpun menutup tirai musim 2024/25 dengan gelaran Challenge Cup, namun skuad Gergasi Merah perlu memburu kejuaraan lebih berprestij.

Selangor muncul naib juara Liga Super buat kali berturut-turut, seterusnya bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

KPI yang ditetapkan pihak pengurusan SFC untuk Katsuhito Kinoshi musim 2025/2026? 🔴🟡Sekurang-kurangnya satu Piala 🏆

Musim lalu, anak buah Kinoshi muncul finalis Piala FA dan terkandas dalam pusingan 16 Piala Malaysia, manakala tidak melepasi peringkat Kumpulan H, ACL2.

sumber:- stadium astro

Maklumat lanjut dalam Nadi Weekend jam 7.30 malam ini.