KUALA LUMPUR: Otai masih berbisa!
Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue membuktikan usia bukanlah penghalang selepas jaringannya membantu Harimau Malaya mengikat Cape Verde 1-1 pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
Pada usia 36 tahun, pemain digelar ‘Mr Kuala Lumpur’ itu mencetus impak segera apabila meledak gol dengan sentuhan pertama selepas dimasukkan pengendali, Peter Cklamovski.
Jaringan itu dianggap begitu manis apatah lagi dia meledak gol buat skuad Harimau Malaya di ‘rumahnya’ iaitu gelanggang rasmi buat kelab yang sudah lama diwakilinya iaitu KL City FC.
‘Walaupun pemandu wanita itu minta maaf, dia perlu didakwa segera kerana cuai hingga anak, menantu, cucu saya maut kemalangan…’
“Saya sudah lama bermain di Cheras tetapi malam ini sedikit berbeza. Jaringan ini begitu istimewa kerana saya mewakili negara.
“Dengan sentuhan pertama, saya terus mendapatkan gol. Ini sukar dipercayai,” kata Josue.
Dalam masa sama, pemain kelahiran Brazil itu turut melihat keputusan dilakar ke atas pasukan ke-72 dunia itu sebagai petanda positif menjelang aksi penting Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam, 10 Jun ini.
“Kami tahu Cape Verde bukan pasukan yang mudah. Tetapi kami susun formasi bertahan lima di belakang dan empat di tengah, jadi itu membantu kami menyekat penguasaan mereka di separuh masa pertama.
“Kami tahu di mana tahap kami sekarang. Dengan semangat ini, saya yakin kami boleh cipta sesuatu dalam perlawanan penting akan datang,” katanya.
Josue turut menghamburkan pujian kepada dua pemain muda iaitu Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Gabriel Palmero yang tampil buat kali pertama namun berjaya beraksi dengan cemerlang pada perlawanan itu.
“Ubaid (Ubaidullah) sangat tenang walaupun pertama kali main dengan skuad senior. Gabi (Palmero) pun beraksi dengan bagus walaupun dia tidak biasa beraksi di bahagian kanan.
sumber:- BH
“Mereka perlu terus diberi peluang untuk beraksi bagi mendapatkan lebih banyak pendedahan,” katanya.