KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad bawah 19 (B-19) tahun negara mengatasi pasukan pilihan, Oman 2-1 dalam aksi sulung kelayakan Piala Asia B-20 2025 semalam mendapat pujian banyak pihak.
Namun, paling mencuri tumpuan peminat adalah detik sepakan penalti menarik yang dilakukan Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-63.
Pemain berusia 19 tahun itu tenang melakukan sepakan penalti dengan gaya ‘panenka’ untuk meledak gol kedua skuad Harimau Malaya B-19 di Stadium Republican Central.
Teknik sepakan yang dipelopori pemain Republik Czech, Antonin Panenka itu turut pernah dilakukan beberapa bintang bola sepak dunia termasuk Andrea Pirlo dan Zinedine Zidane.
Terdahulu, skuad kendalian Juan Torres Garrido membuka jaringan pada minit ke-30 selepas Moses Raj menampan sepakan percuma Haykal Danish dan menewaskan penjaga gol Oman, Abdullah Al Jabri.
Oman mengurangkan defisit pada minit ke-87 apabila Majid Al-Farsi menyempurnakan sepakan penalti namun kedudukan 2-1 berpihak kepada Malaysia kekal sehingga tamat perlawanan.
sumber:-BH
Skuad negara akan meneruskan saingan Kumpulan E berdepan Korea Utara di gelanggang sama, esok.