sukan

Separuh masa Kelayakan Piala Asia: Malaysia kuasai penuh permainan tetapi buntu di depan gawang

Skuad bola sepak negara terikat 0-0 dengan Vietnam selepas separuh masa aksi kedua Kumpulan F, pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.

Harimau Malaya menguasai penuh aksi sepanjang 45 minit tetapi kekurangan penyudah di depan gawang lawan.

Percubaan terbaik Malaysia hanya hadir pada minit ke-35 di mana rembatan jarak jauh Dion Cools terkena tiang sebelah kanan Vietnam.

Menjelang minit ke-40, Joao figueiredo hampir menanduk masuk gol pembukaan Malaysia tetapi percubaannya ditepis keluar penjga gol Vietnam, Nguyen Filip.

sumber:- stadium astro

Menuju ke separuh masa, Arif Aiman Hanapi berhasil melakukan gerakan solo di sebelah kanan tetapi lambungan terakhirnya sempat ditolak keluar Nguyen Filip.