sukan

Siapa patut diturunkan dalam kesebelasan utama – Datuk K Rajagobal

JALAN berliku perlu ditempuhi skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 setelah mengalami dua kekalahan kepada Oman.

Mereka yang kini berada di tangga ketiga Kumpulan D perlu meraih keputusan positif dalam dua baki perlawanan jika mahu melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Namun, berdasarkan kekalahan berturut-turut kepada Oman, tugasan berat menanti Harimau Malaya dalam misi menempah tiket ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Malah, pengendali pasukan, Kim Pan-gon juga seakan-akan runsing akan persembahan anak-anak buahnya yang tidak memberikan aksi terbaik pada Selasa.

Jadi, perubahan terbaik perlu dilakukan menjelang aksi kelima peringkat kumpulan menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di tempat lawan.

Pendekatan terbabit juga disokong bekas ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal yang tidak mahu keputusan dan persembahan pemain negara yang kurang memberangsangkan berulang.

“Jurulatih yang perlu menilai siapa pemain yang patut diturunkan dalam kesebelasan utama dan kadang-kala perkara ini terjadi kerana perlu mengambil risiko dalam meletakkan barisan pemain.

sumber:- Majoriti

“Kita perlu fikir semula adakah dia berada di landasan yang tepat dengan keputusan-keputusan yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” katanya.