BLANKENHAIN, Jerman: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membuka siasatan tatatertib hari ini mengenai isyarat yang dibuat Jude Bellingham selepas dia menjaringkan gol sepakan gunting menakjubkan untuk membantu kemaraan England pada Euro 2024.
Pemain tengah Real Madrid itu meledak pada minit ke-95 untuk menyamakan kedudukan sebelum England menewaskan Slovakia 2-1 selepas masa tambahan awal pagi tadi untuk mencipta pertembungan suku akhir dengan Switzerland.
Selepas menjaringkan gol itu, Bellingham dirakam mengajuk gaya memegang kelangkang ketika jelas melihat ke arah bangku simpanan Slovakia.
Dalam satu kenyataan, penganjur kejohanan UEFA berkata, siasatan dilancarkan terhadap “kemungkinan pelanggaran peraturan asas kelakuan sopan oleh pemain Persatuan Bolasepak Inggeris, Jude Bellingham, yang didakwa berlaku dalam skop perlawanan ini.”
Bellingham memuat naik insiden itu di media sosial, menafikan tanggapan ia ditujukan kepada pemain dan staf kejurulatihan Slovakia.
sumber:-BH
“Isyarat jenaka dalaman terhadap beberapa rakan rapat yang hadir pada perlawanan itu. Tiada apa-apa selain menghormati cara pasukan Slovakia bermain malam ini,” tulis Bellingham dalam laman X. – AFP