sukan

Sindiran pedas TMJ terhadap FAM

PETALING JAYA: Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berakhir dengan statut baharu diluluskan sebulat suara menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail.

Sebelum status baharu diluluskan sebulat suara, beberapa perwakilan tampil mempersoalkan mengenai beberapa peruntukan dalam statut terbabit.

Namun keadaan berjaya ‘dikawal’ selepas Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Datuk Seri Windsor Paul John dan juga Timbalan Setiausaha Agungnya, Vahid Kardany memberi penjelasan untuk menjawab persoalan dibangkitkan sebelum itu.

Menerusi beberapa kemaskini di laman InstaStory baginda, baginda menyindir tindakan segelintir pihak yang dilihat tidak konsisten apabila perubahan struktur FAM yang digerakkan bersama AFC itu dipersoalkan, meskipun proses terbabit bertujuan memperkukuh tadbir urus badan induk itu.

Tunku Mahkota Ismail turut mempersoalkan sikap pihak tertentu terhadap campur tangan AFC dalam usaha pembaharuan itu.

“Nak perubahan tapi apabila AFC campur tangan untuk buat perubahan, tidak boleh terima pula,” tulis baginda menerusi hantaran di Instastory.

“Yang tak boleh terima ini semata-mata nak jaga kepentingan peribadi dan kroni,” kata baginda.