LONDON: Pemain sayap England, Bukayo Saka kembali ke Arsenal untuk melakukan penilaian lebih rapi berhubung kecederaan kakinya dan akan terlepas aksi Liga Negara-Negara menentang Finland, Isnin ini, kata pasukan England.
Saka dibawa keluar pada minit ke-51 ketika England tewas 1-2 di tangan Greece di Wembley, Khamis lalu.
Pengendali sementara England, Lee Carsley sebelum ini berkata, Saka mengalami kecederaan kaki.
Skuad yang disertai 22 pemain itu dijadual berlepas ke Helsinki dengan pemain tengah Liverpool, Curtis Jones menarik diri daripada pasukan atas alasan peribadi, tambah England dalam kenyataan.
England pada ketika ini berada di tangga kedua dalam Kumpulan B2, tiga mata di belakang Greece selepas tiga perlawanan.
Kecederaan Saka dianggap sebagai satu tamparan buat Arsenal tambahan pula kapten mereka, Martin Odegaard turut diketepikan.
sumber:-BH
Skuad kendalian Mikel Arteta dijadual bertemu Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris, minggu depan. – REUTERS