“ALHAMDULILLAH, terdapat kemajuan dalam persembahan pemain-pemain Negeri Sembilan FC.”
Itu reaksi pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Ab Aziz selepas skuad Hoben Jang Hoben tewas tipis, 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024, pada Isnin.
“Secara keseluruhannya saya boleh katakan berpuas hati prestasi dan komitmen pasukan setakat ini.
“Team progress agak baik apabila beri respon positif dengan perancangan taktikal saya dalam perlawanan berintensiti tinggi ini.
“Biarpun begitu masih terdapat beberapa aspek penambahbaikan yang perlu di mantapkan serta diperkemaskan terutamanya dari segi pertahanan dan serangan,” kata bekas pengendali PDRM FC itu kepada Sukan Sinar.
Gol Kuala Lumpur City dijaringkan Zhafri Yahya (m-23) dan kapten, Paolo Josue (m-36) manakala gol tunggal Negeri Sembilan pula dijaringkan penyerang muda, N Javabilaarivin (m-43)
Skuad Jangs 2024/25 mengekalkan sebahagian pemain musim lalu selain membawa masuk beberapa pemain termasuk bekas pemain The Cops.
sumber:SH
Mengulas saingan 2024/25 yang lebih panjang dan padat, Azzmi menyifatkan pendekatan jangka pendek dan panjang pasukan penting bagi memastikan Negeri Sembilan kekal kompetitif memberi cabaran.