sukan

Skuad negara berdepan Jepun dalam pentas lapan terbaik

SKUAD badminton lelaki negara akan berdepan juara edisi India 2014, Jepun dalam pentas lapan terbaik saingan Piala Thomas 2024.

Sebagai rekod, Malaysia juara lima kali merupakan naib juara Kumpulan D – menang 5-0 ke atas Hong Kong, 5-0, Algeria (5-0) sebelum tewas 2-3 kepada Denmark.

Jepun juara edisi 2014 ketika menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir pula berstatus juara Kumpulan B – menang 5-0 ke atas Republik Czech, Jerman (5-0) dan Taiwan (5-0).

Pemenang perlawanan akan berdepan pemenang pertarungan antara juara edisi 2022, India yang diundi menentang juara 10 kali China.

Indonesia juara 14 kali pula akan berdepan Korea Selatan, naib juara Kumpulan A, dalam satu lagi aksi lapan terbaik edisi Chengdu 2024.

Indonesia mara dengan status juara Kumpulan C menang 5-0 ke atas England, Thailand (4-1), India (4-1).

Pemenang perlawanan ini akan berdepan pemenang perlawanan Taiwan menentang juara Kumpulan D, Denmark pemenang edisi 2016.

sumber:-SH

Edisi lepas Bangkok 2022, skuad negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 2-3 kepada India yang kemudiannya muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir.