Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huar-Shevon Lai, berjaya membalas dendam ke atas gandingan ranking ke-13 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), sebentar tadi.
Kekalahan lalu sewaktu Terbuka Switzerland menjadi titik kebangkitan wakil negara membenam cabaran Thailand dengan kemenangan straight set 21-17, 21-14 untuk terus mengharumkan nama negara di pentas berprestij itu.
sumber:- stadium astro
Selepas menewaskan juara Terbuka Malaysia itu, pilihan ketiga kejohana itu tekad meneruskan kemaraan bagi memenuhi status pasangan paling konsisten menuju final BAC.