sukan

Sri Pahang sah lepaskan pemain berbisa Stefano Brundo

KUANTAN: Penghijarahan pemain Sri Pahang FC ke kelab lain seakan memberi petanda skuad itu seolah bersedia melepaskan pemainnya ketika status skuad itu masih menjadi tanda tanya.

Jika sebelum ini pemain tengah, Ibrahim Manusi sah berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), beberapa pemain lain dijangka turut memilih haluan sama susulan daripada status Sri Pahang.

Terbaharu, menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengucapkan terima kasih kepada pemain import dari Argentina, Stefano Brundo sepanjang tempoh bersama Tok Gajah.

“Terima kasih kepada Stefano Brundo, 2 tahun bersama Sri Pahang FC dengan 50 penampilan dan mengumpul (jaringan) 19 gol.

“Pemain berasal dari Buenos Aires, Argentina ini berhijrah ke Penang FC bagi musim 2025/2026. Buena suerte (semoga berjaya) Stefano Brundo,” menerusi hantaran itu.

Namun, setakat ini tidak dipastikan status empat pemain import lain iaitu Kpah Sherman dari Liberia, Mykola Ahapov (Ukraine), Aleksandar Cvetkovic (Serbia) dan Manuel Hidalgo (Argentina).

Difahamkan, Hidalgo yang juga pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyertai sebuah kelab di Lembah Klang manakala tiga lagi tidak dipastikan destinasi baharu.

Begitu juga beberapa pemain tempatan yang dilihat bakal berhijrah selepas mendapat tawaran selepas SPFC sedia melepaskan pemainnya dengan syarat tertentu.

sumber:- HM

Dengan perkembangan itu, nasib Sri Pahang biarpun layak beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 terus menjadi teka-teki.