sukan

Stadium Darul Makmur berwajah baru

KUANTAN: Kerja penanaman benih rumput Bermuda di padang Stadium Darul Makmur, di sini dijangka dilaksanakan pada penghujung November depan.

Pengurus Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM), Izad Zainal Muhammad Safian, berkata sebaik kerja itu dilaksanakan, tempoh tiga hingga empat bulan diperlukan untuk melihat keadaan rumput berada pada tahap terbaik.

“Ketika ini, kerja menaik taraf padang sedang giat dilaksanakan selepas kerja pemindahan rumput ‘cow grass’ sudah selesai.

“Beberapa proses akan dilakukan sebelum kerja menanam benih rumput Bermuda dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di stadium hari ini mendapati kerja menaik taraf sedang giat dilaksanakan selepas rumput ‘cow grass’dipindahkan.

Berdasarkan peruntukan bagi kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur, termasuk pertukaran rumput baharu membabitkan peruntukan RM1.6 juta.

Peruntukan itu, masing-masing RM1.1 juta daripada Kerajaan Pahang dan RM500,000 lagi daripada geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

sumber:-BH

Penggantian rumput Bermuda itu juga dilaksana bersama kerja menaik taraf sistem saliran padang.