sukan

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Malaysia mula langkah kanan dengan jaringan besar

Skuad hoki wanita negara turun dalam aksi pertama dengan langkah kanan selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 dalam Pool A di Stadium Kakamigahara, Gifu, sebentar tadi.

Dalam babak awal permainan menyaksikan Malaysia mengawal aksi dengan baik dengan mencipta beberapa peluang, sehingga Nuramirah Zulkifli akhirnya berjaya meletakkan Malaysia mendahului 1-0.

Dua minit sebelum menuju ke bilik persalinan dalam suku pertama, Malaysia melebarkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang dinoktahkan Khairunnisa Mohd untuk kedudukan 2-0.

Anak buah C.R Kumar dihadiahkan penalty strok sebaik bersambung suku kedua, namun Nursyakira gagal menyempurnakanya peluang itu.

Namun, kekecewaan itu berjaya dibalas Afiqah Syazani dengan gol padang untuk menjadikan kedudukan 3-0

Tidak menunggu lama, Nur Amirah sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring apabila meledakkan gol keempat negara menerusi jaringan padang pada minit ke-21.

Tambahan jaringan negara hadir menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar dalam suku keempat sekali gus memastikan kemenangan pertama negara menewaskan Kazakhstan 5-0.