sukan

Syafik masih trauma lagi

KUALA LUMPUR: Pemain sayap muda Terengganu FC, Muhammad Syafik Ismail mengakui tidak mudah untuk melawan perasaan trauma apabila beraksi di atas padang pada musim ini selepas mengalami kecederaan ‘anterior cruciate ligament (ACL) yang dialaminya tahun lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu disahkan mengalami kecederaan ACL tahap tiga, Mei tahun lalu, dalam perlawanan Piala FA menentang Kelantan FC.

Jelasnya, tidak mudah untuk dirinya mengharungi episod hitam tersebut apatah lagi terpaksa melupakan kesemua aksi Liga Malaysia (Liga M) musim lalu dan memerlukan lapan bulan untuk mengharungi proses pemulihan daripada kecederaan terbabit.

Syafik yang tersenarai sebagai pemain gantian dalam tiga aksi awal Liga Super teruja dapat kembali beraksi bersama pasukan sambil mendapatkan semula keyakinannya di atas di padang.

sumber:-BH