sukan

Tarikh baharu aksi tertunda Sri Pahang-Kuching City belum diputuskan

KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) belum menerima tarikh baharu perlawanan menentang Kuching City FC yang ditunda berikutan hujan lebat dan air bertakung di padang Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, 2 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kelab itu masih menunggu jadual baharu daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kita jangkakan perlawanan yang tertunda itu akan dilangsungkan bulan depan tetapi tidak menolak kemungkinan MFL akan mendahulukan jadual perlawanan yang diputuskan lebih awal.

“Namun kita percaya dan bersedia untuk meneruskan perlawanan seperti yang diputuskan MFL nanti,” kata Mohammed Sufian.

Sebelum ini, penonton perlawanan itu di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, diminta menyimpan keratan tiket.

Keratan tiket itu perlu disimpan bagi membolehkan penonton hadir ke perlawanan yang akan diumumkan MFL nanti.

Pada 2 November lalu, MFL mengumumkan perlawanan yang dihentikan pada minit ke-30 akibat hujan lebat ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi.

sumber:-BH

Ketika itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa selepas menanduk bola sepakan penjuru pada minit ke-14.