sukan

Tawaran Zamsaham tak masuk akal

KUALA LUMPUR: Para pelabur TRW Kelantan FC secara keseluruhannya sudah melabur lebih kurang sebanyak RM16 juta kepada Kelantan FC dari tahun 2020 sehingga 2023.

Pengerusi GSK, Nik Hafiz Naim Nik Hassan dalam satu kenyataan kepada BH Sukan menegaskan ini kerana pasukan ‘The Red Warriors’ (TRW) akan dibentuk semula dan gerakan itu kekal dengan pendirian untuk mengambil alih pasukan itu dengan RM1 bersama tanggungan hutang kurang RM5 juta.

“Mengenai tawaran Zamsaham menawarkan Kelantan FC dengan harga RM1 dengan syarat pasukan mestilah dalam kelompok lima terbaik dalam masa lima tahun adalah tidak realistik kerana pasukan ini akan menjadi pasukan yang baru dibina dan akan mengambil masa untuk mencari rentak dan persefahaman antara pemain.

“GSK menolak tawaran Zamsaham menjual Kelantan FC sebanyak RM3 juta kerana Kelantan FC menanggung bebanan dan hutang yang besar iaitu kurang dari RM5 juta.

“Selain itu TRW Kelantan FC tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang ini disebabkan kelab tidak bermain di mana-mana liga dan tidak mempunyai apa-apa aset,” kata Nik Hafiz Naim.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata beliau memberi GSK dua pilihan sama ada mahu membeli TRW dengan nilai RM3 juta atau RM1.

Berdasarkan surat yang turut diterima BH Sukan menerusi e-mel, Zamsaham didakwa akan melepaskan semua sahamnya pada harga RM1 dengan syarat sekiranya TRW mencapai prestasi terbaik dalam masa lima tahun.

Namun, jika tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI), maka TRW akan diambil alih semula oleh Zamsaham dan perkara itu perlu ‘sign personal guarantee’ hutang dan tanggungan selepas lima tahun adalah kurang atau tidak lebih dari jumlah sekarang.

Justeru, Nik Hafiz Naim mengharapkan Norizam dapat melepaskan pasukan yang bergelar ‘jaguh Pantai Timur’ itu dengan memenuhi permintaan GSK bagi memastikan pasukan itu dapat kembali ‘bernyawa’ dalam pentas bola sepak tempatan.

“Para pelabur TRW Kelantan FC secara keseluruhannya sudah melabur lebih kurang sebanyak RM16 juta kepada Kelantan FC dari tahun 2020 sehingga 2023.

sumber:-BH

“GSK memohon kepada Zamsaham agar berjiwa besar menyerahkan Kelantan FC kepada kami supaya kami dapat membina semula dan memulihkan kembali kelab ini,” katanya.