Selepas mengharungi musim terbaik dengan pencapaian layak ke pentas akhir jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tiga kali berturut-turut, langkah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam Terbuka Indonesia terhenti seawal pusingan pertama.
Juara Terbuka Singapura itu terpaksa akur kepada gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, dalam pertembungan rubber set 13-21, 21-19, 18-21 di Istora Senayan, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung selama 59 minit itu menyaksikan juara Asia itu hampir melakar kebangkitan, namun beregu di ranking ke-16 dunia itu lebih mendominasi gelanggang, sekali gus menyukarkan tentangan Aaron dan Wooi Yik.
sumber:- stadium astro
Naib juara Masters Malaysia 2025 itu juga dalam perlumbaan untuk mengejar tahkta kedudukan pertama dunia dengan menampilkan permainan terbaik sepanjang kejohanan yang disertai.