sukan

Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin ke penentuan juara

Beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun BWF selepas menewaskan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando/Bagas Maulana, dengan straight set, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak diberikan jalan mudah sepanjang permainan oleh beregu berpengalaman yang dibentuk itu sebelum menang 21-19, 21-17.

sumber:-SA

Penghalang terakhir mereka dalam merebut gelaran esok ialah beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.