K. Letshanaa, Eogene Ewe dan Wong Ling Ching berjaya mengharungi cabaran pusingan 32 terbaik di Kejohanan Terbuka Kanada untuk merialisasikan impian mara ke peringkat suku akhir kejohanan.
Kategori perseorangan wanita menyaksikan K. Letshanaa berjaya menewaskan wakil Amerika Syarikat, Ishika Jaiswal dalam aksi ‘Straight set’ dengan catatan 21-13, 21-5. Manakala Wong Ling Ching mencipta kejutan selepas menundukkan pilihan ke-5 daripada Denmark, Line Christophersen 2-1.
Manakala dalam katergori perseorangan lelaki, Justin Hoh tidak berjaya menemani Eogene Ewe di pusingan 16 terbaik selepas tewas ke atas wakil Chinese Taipei, Wang Po-Wei 2-0. Eogene Ewe walaubagaimanapun mara secara automatik selepas wakil Jepun, Takuma Obayashi menarik diri.
sumber:- stadium astro
Aksi seterusnya akan menyaksikan Eogene bertemu Matthias Kicklitz, K. Letshanaa menentang Shriyanshi Valishetty, manakala Wong Ling Ching akan mengharungi cabaran Clara Azurmendi.