sukan

Terbuka Taiwan: Dua beregu campuran negara kerja keras ke suku akhir

Loo Bing Kun-Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie-Chan Wen Tse melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan selepas mengenepikan pencabar masing-masing di Taipei Arena, sebentar tadi.

Kerja keras Bing Kun-Ee Wei terlebih dahulu memastikan tiket kemaraan kejohanan bertaraf super 300 itu dengan mengatasi Ko Dong Ju-Jeong Na Eun dari Korea Selatan dalam satu pertarungan sengit.

Namun, mereka bangkit untuk mendominasi dua set terakhir bagi kemenangan 15-21, 23-21, 21-8, seterusnya mengatur pertemuan menentang wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah- Siti Fadia Silva Ramadhanti, esok.

sumber:- stadium astro

Tang Jie-Wen Tse juga dituntut mengerah keringat untuk melepasi halangan daripada pencabar serantau itu, Marvan Faza-Aisyah Salsabila Putri Pranata, 18-21, 21-18, 21-17.