sukan

TERIMA KASIH JOE ROZI, BIAR JASA JADI KENANGAN

Terima kasih dan Biar Jasa Jadi Kenangan ZuI FadIi Rozi, Koordinator Pasukan Liga Super Kedah musim 2023. Dibawah pentadbiran dalam membina pasukan musim lepas, pengalaman beliau cukup penting dalam meyakinkan beberapa pemain utama untuk mewakili Sang Kenari selain dari pernah mengendalikan ramai pemain import dalam sistem pasukan liga simpanan sebelum ini bersama Terengganu FC.

Walaupun setahun bersama KDA FC, tanggungjawab dan dedikasi yang dipamerkan cukup penting dalam mengekalkan keharmonian pasukan ketika menongkah pasang surut beberapa isu yang melanda, sehinggakan prestasi pasukan di tahun pertama pembinaan mula menampakkan hasil positif mencapai sasaran sebagai 4 pasukan terbaik Liga Super musim 2023.
Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat dan sumbangan keringat sepanjang musim lepas.

Dibawah seliaan beliau, barisan pemain memberi kerjasama penuh melaksanakan tanggungjawab sehingga berakhir saingan Liga Malaysia musim lepas.

sumber:- KDA FC

KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya pengurusan dimasa hadapan dan percaya apa sahaja tanggungjawab diberikan bersama kelab baharu, beliau akan melaksanakan dengan cemerlang.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Sang Kenari.
Biar Jasa jadi Kenangan!