sukan

TERKINI ACL2: Keputusan penuh aksi Kuching City berdepan Wakil Kemboja

Debut Kuching City di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berakhir dengan kekecewaan apabila tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown dalam aksi Kumpulan H, sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Morodok Techo itu, skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-55 menerusi Moses Dyer yang menyudahkan umpanan Guytho Mijland.

Tersentak dengan gol tersebut, The Cats menggandakan asakan dan berjaya bangkit menyamakan kedudukan hasil penyudah Ajdin Mujagic pada minit ke-73.

Namun, harapan Kuching City berkubur pada masa kecederaan apabila Dyer muncul wira Phnom Penh Crown menerusi tandukan pada masa kecederaan.

Keputusan 1-2 kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan penampilan pertama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak di pentas ACL2 berakhir tanpa membawa pulang sebarang mata.

Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan H menyaksikan Gangwon FC terikat seri tanpa jaringan dengan Kitchee SC.