Siapa sangka, gelaran Anugerah Jurulatih Terbaik menjadi milik bekas pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak!
Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025 menyaksikan individu berusia 47 tahun itu mengejutkan peminat tempatan selepas menewaskan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, musim ini.
JURULATIH TERBAIK 2024/25 🎯Bukan pasukan gergasi, tapi hasil kerjanya luar biasa.Aidil Sharin bin Sahak (Kuching City) buktikan keajaiban boleh dibina dengan disiplin, visi dan hati.
sumber:- stadium astro
Lebih menarik, Aidil berjaya membawa Kuching City menembusi kelompok lima pasukan terbaik Liga Super Malaysia apabila menduduki tempat keempat, pencapaian paling membanggakan setakat ini.