sukan

TERKINI AUG: Jaguh pecut negara Azeem Fahmi sah tidak bertanding

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, secara rasminya tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 susulan masih berada dalam fasa pemulihan.

Sebelum ini, pemegang rekod kebangsaan 100 meter negara mengalami kecederaan groin (pangkal peha) ketika beraksi di pentas akhir 100m (meter) Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

“Azeem Fahmi sah tidak bertanding di Sukan Universiti ASEAN 2026🏃Ia susulan kecederaan groin dengan 4cm mucle tear pada otot Adductor Magnus yang dialami di Sukan Asia 2026.” katanya.