sukan

TERKINI: Bakal disambar JDT, Haqimi Azim raih Pemain Muda Terbaik

Penyerang muda Kuala Lumpur City, Haqimi Azim Rosli, mencipta kenangan manis bersama pasukan itu apabila berhasil memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik dengan undian tertinggi.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024/2025 menyaksikan bintang sedang meningkat naik itu memintas kecemerlangan Haykal Danish Haizon bersama Selangor II, sekali gus menewaskan Pemain Piala MFL Terbaik musim lalu, Ubaidullah Shamsul Fazili.

Memulakan karier profesional bersama skuad Warga Kota, Haqimi Azim difahamkan bakal bergabung bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meninggalkan spekulasi tidak bersama The City Boys pada musim hadapan.

PEMAIN MUDA TERBAIK 2024/25 🌟Muda, berani, berbisa.Muhammad Haqimi Azim bin Rosli (KL City) buktikan masa depan bola sepak negara semakin bersinar!

sumber:- stadium astro

Sudah pasti, berita positif ini akan meniupkan semangat Haqimi dengan menjadi taruhan terhebat persembahan lembaran baru Liga Malaysia (Liga-M).