sukan

TERKINI: Faisal Halim sekali lagi menjadi wira untuk Selangor FC

Selangor FC terus mengukuhkan reputasi sebagai salah satu kuasa besar bola sepak rantau ini apabila berjaya menumbangkan wakil Vietnam, Cong An Hanoi (CAHN), dengan keputusan 2-0 dalam aksi penuh bersemangat di Stadium Petaling Jaya. Kemenangan ini bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga buat Gergasi Merah, tetapi juga melonjakkan mereka ke tangga teratas Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN, ACC Shopee Cup, sekali gus menghidupkan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Pertemuan yang berlangsung di hadapan ribuan penyokong setia menyaksikan Selangor tampil dengan corak permainan dominan sejak wisel permulaan. Mereka menguasai bola dan mencipta beberapa peluang, namun ketangkasan penjaga gol Hanoi, Nguyen Philip, berjaya mengekang berjaya mengekang segala usaha sepanjang segala usaha sepanjang 45 minit pertama 45 minit pertama. Walaupun serangan bertali arus dilancarkan, Selangor buntu mencari jaringan pembukaan, menjadikan babak pertama berakhir tanpa sebarang gol.

Segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila Selangor meningkatkan intensiti permainan. Detik yang dinanti akhirnya hadir selepas ledakan rendah Alvin Fortes gagal ditangkap kemas oleh Philip. Bola muntah yang terhasil segera dihidu oleh Faisal Halim, yang bertindak pantas menolak masuk gol pembukaan tuan rumah menjelang sejam permainan. Gol tersebut menggegarkan stadium dan meniup semangat baharu dalam kalangan pemain serta penyokong Gergasi penyokong Gergasi Merah.

Tidak lama selepas itu, Selangor sekali lagi menghukum kelalaian lawan. Kesilapan hantaran pemain Hanoi dimanfaatkan sepenuhnya apabila Chrigor Moraes bijak melakukan umpanan ke tengah. Bola yang dihantar tepat ke arah Faisal disambut dengan penyudah gemilang dari luar kawasan dari luar kawasan penalti,menewaskan Philip buat kali kali kedua. Gol berganda Faisal bukananda Faisal bukan sahaja mengesahkan sahaja mengesahkan kemenangan Selangor, tetapi juga menobatkan beliau sebagai wira perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Selangor kini mengumpul lapan mata daripada empat perlawanan, sekali gus mendaki ke tangga teratas Kumpulan A. Kedudukan itu memberi kelebihan besar kepada mereka dalam misi mara ke pusingan kalah ke pusingan kalah mati. Selain meningkatkan keyakinan bahawa skuad kendalian jurulatih baharu mampu bersaing dengan kelab elit ASEAN. Bagi Hanoi pula, kekalahan ini semakin menyukarkan peluang mereka apabila terperosok di tangga kelima dengan hanya kelima dengan hanya empat mata berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

Kejayaan Selangor menundukkan CAHN bukan sekadar kemenangan biasa ,tetapi simbol kebangkitan bola sepak Malaysia di pentas serantau. Dengan semangat juang yang ditunjukkan, disiplin taktikal yang mantap, serta sentuhan magis Faisal Halim, Gergasi Merah kini dilihat sebagai pencabar serius untuk menamatkan kejohanan ini dengan penuh bergaya.