sukan

Terkini: Keputusan aksi Penentuan Pearly-Thinaah ke Separuh Akhir

BEREGU wanita, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas memebenam cabaran Jeong Na-eun-Lee Yeon Woo, sebentar tadi.

Wakil negara itu jelas menikmati aksi sebentar tadi sebelum merakam kemenangan straight set 21-15, 21-19.

Selepas menguasai set pertama, steru mereka dari Korea Selatan itu sempat mengimbangi rentak permainan set kedua sebelum melebarkan kedudukan 8-5.

sumber:- stadium astro

Beberapa mata menuju penghujung permainan, penonton dijamukan dengan aksi rali yang akhirnya memihak Pearly-Thinaah, sekali gus bakal mengadakan pertemuan dengan beregu wanita Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, di peringkat separuh akhir esok.