Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menewaskan wakil Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Sapsiree Taerattanachai straight set, hari ini.
Soon Huat-Shevon berjaya mengawal permainan untuk mencatat kemenangan 21-12, 21-16 dalam masa 31 minit pada aksi pusingan pertama di Istora Senayan.
Sementara itu, hasrat beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing untuk mencipta kejutan ke atas pasangan Indonesia tidak kesampaian biarpun menang di set pertama tetapi terpaksa akur tewas dua set seterusnya 21-19, 16-21, 19-21 dalam masa 69 minit.
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal melangkah ke pusingan kedua selepas tewas kepada gandingan berpengalaman dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-23, 20-22.
Kekalahan itu menyaksikan mereka gagal melepasi pusingan pertama apabila tewas kali ketujuh berturut-turut pada musim ini.
sumber:- HM
Selain itu, beregu kidal negara, Choon Hon Jian-Haikal Nazri dilihat terus bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila tewas mudah kepada bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 13-21, 9-21 hanya dalam masa 29 minit sahaja.