sukan

TERKINI: Keputusan aksi suku akhir Tang Jie-Ee Wei di Terbuka Indonesia

Meskipun menempa kemenangan, namun ia bukanlah tugas yang mudah buat pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Berhadapan lawan di ranking kelapan dunia, Jesper Toft-Amalie Magelund, pilihan kedua kejohanan itu tampak sedikit bergelut sebelum menemui titik kebangkitan di set kedua.

Tewas set pertama 17-21, ia tidak mematahkan semangat buat naib juara Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun lalu itu menyamakan kedudukan mata selepas memperoleh kemenangan di set kedua 21-16.

sumber:- stadium astro

Keyakinan terus ditampilkan Toh Ee Wei yang memimpin permainan dengan cemerlang memudahkan Chen Tang Jie untuk mematikan pertahanan lawan.