sukan

TERKINI: Keputusan aksi Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan beregu tuan rumah

Beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menepati ramalan layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, apabila mengatasi beregu tuan rumah, Hiroki Mirodikawa-Kyohei Yamashita, di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.

Turun selaku pilihan utama, wakil negara itu tidak membenarkan lawan memintas mata mereka sebelum mencatatkan kemenangan 21-19 dalam set pertama.

Aksi kian getir pada penghujung set kedua, di mana Sze Fei dan Nur Izzuddin membenarkan lawan menyamakan kedudukan 16-16 tetapi selepas ketinggalan 16-18, mereka meraih lima mata berturut-turut untuk mengesahkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 38 minit.

sumber:- stadium astro

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, dan beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, bagi penentuan ke separuh akhir esok.