sukan

TERKINI: Keputusan aksi Sze Fei-Nur Izzuddin pusingan pertama Terbuka China

Perjalanan beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terhenti dalam pusingan pertama saingan Terbuka China 2025 di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Mereka terpaksa akur ditewaskan lawan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju, yang memberikan saingan sengit dalam aksi rubber set, 21-15,15-21,17-21, dalam tempoh 56 minit perlawanan.

Set pertama didominasi wakil negara yang turun selaku pilihan pertama kejohanan selepas menang 21-15 ke atas pasukan lawan di ranking ke-40 dunia itu.

Begitupun, Min Hyuk-Dong Ju memberikan saingan sengit dalam set kedua, meskipun Sze Fei-Nur Izzuddin terlebih mendahului 5-1, namun wakil Korea Selatan itu kembali memperkemaskan corak permainan untuk mengejar dan membawa perhitungan ke set penentuan dengan kemenangan 21-15.

Set penentuan kejohanan yang berstatus Super 1000 itu menyaksikan DinFei ketinggalan sebelum mengikat kedudukan 7-7, momentum itu hanya bertahan seketika dan terpaksa akur tewas dengan kebangkitan 17-21 daripada wakil Korea Selatan itu.

sumber:- stadium astro

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-dua gandingan itu.