sukan

TERKINI: Lee Zii Jia membuat keputusan mengejutkan

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, antara lima atlet yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai Program Road to Gold.

Program RTG yang diperkenalkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merupakan inisiatif bagi membantu atlet negara membuat persiapan memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik.

Ia telah diperkenalkan sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 dan kini mengambil langkah baharu bagi meneruskan usaha negara bagi memastikan pingat emas pertama Malaysia dapat direalisasikan.

Menerusi sidang media Majlis menandatangani surat perjanjian di antara atlet bersama Road To Gold (RTG), Hannah berkongsi 12 atlet telah bersetuju untuk tersenarai dalam program tersebut, sementara empat lagi atlet di bawah kategori ‘fast track’.

Hannah turut berkongsi lima atlet yang tidak menyertai inisiatif itu adalah terdiri daripada pemain badminton profesional negara antaranya, Zii Jia (perseorangan), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaku) serta Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran).

sumber:- stadium astro

Hannah turut mendedahkan alasan Zii Jia tidak menyertai Program RTG adalah kerana alasan peribadi dan mereka menghormati keputusan tersebut.