sukan

TERKINI: Paulo Josue pecah rekod diangkat selaku Penyerang Terbaik

Berusia 36 tahun, Paulo Josue menewaskan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales, dan Darren Lok untuk menggondol Anugerah Penyerang Terbaik menerusi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025 di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Undian tertinggi itu meletakkan tonggak utama Harimau Malaya itu selaku penyerang digeruni tatkala memiliki kepakaran sepakan jarak jauh yang kerap memberi ancaman kepada pihak lawan.

Tidak terhenti di sini, pemain naturalisasi skuad kebangsaan itu memecahkan rekod Fandi Ahmad selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Kuala Lumpur City dengan 69 gol.

sumber:- stadium astro

Dan, Josue juga menjadi pemenang Kasut Emas kategori pemain tempatan dengan mengumpul 16 gol secara keseluruhan musim ini.