sukan

TERKINI Piala CAFA: Harimau Malaya diundi bertemu pasukan ke-18 Dunia

HARIMAU MALAYA diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) dari 26 Ogos hingga 9 September depan.

Skuad Malaysia akan bertemu juara bertahan, Iran, yang berada di kedudukan ke-18 dunia.

Selain itu, Afghanistan dan Tajikistan turut menjadi lawan skuad kendalian Peter Cklamovski bagi penyertaan sulung kem negara dalam kejohanan tersebut.

sumber:- stadium astro

Iran yang telah layak ke Piala Dunia 2026 dijangka menjadi halangan terbesar pasukan kebangsaan menghadapi pertandingan itu.