sukan

TERKINI: Shah Firdaus pecah rekod lagi

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila mencipta rekod peribadi baharu dalam acara pecut individu lelaki di Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye, hari ini.

Selepas meraih emas keirin semalam, Shah Firdaus mencatat 9.481 saat dalam kelayakan pecut individu 200m, memperbaiki rekod peribadinya (9.635s) dari Olimpik Paris.

Catatan itu hampir menyamai rekod kebangsaan 9.402s milik Azizulhasni Awang.

Pelumba berusia 30 tahun itu menewaskan Maximilian Dornbach dari Jerman di pusingan pertama sebelum tewas kepada Sebastien Vigier dari Perancis di pusingan kedua.

Adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom juga mencatat rekod peribadi baharu 9.775s, tetapi gagal ke pusingan seterusnya selepas menduduki tempat ke-31.

Dalam kategori wanita, Nurul Izzah Izzati Asri dan Nurul Alyssa Farid turut mencipta rekod peribadi dalam pecut individu, dengan Izzah memecahkan rekod kebangsaan, semalam.

Namun, harapannya dalam acara keirin berakhir apabila dia terjatuh dalam pusingan repechage selepas bertembung dengan pelumba Trinidad dan Tobago, Makaira Wallace.

sumber:- BH

Alyssa pula gagal mara selepas menduduki tempat kelima dalam saringan dan keempat di repechage.